Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon membuat perubahan dalam senarai 26 pemain bagi aksi dua aksi berbaki Kelayakan Piala Dunia 2026.
Harimau Malaya kini menjunam ke tangga 138 dunia susulan dua kekalahan kepada pasukan tangga ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0, Mac lalu.
Skuad kebangsaan bagaimanapun masih memiliki peluang untuk mara ke pusingan berikutnya dengan mengutip mata penuh berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.
Beberapa perubahan telah dilakukan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu dalam senarai pemainnya susulan 4 kecederaan yang melanda pemain senior.
Ketiadaan Arif Aiman, Faisal Halim, Romel Morales dan juga Azam Azmi menyaksikan beberapa pemain muda dibawa masuk sementara Pan-gon memilih untuk membawa 4 penjaga gol.
Watak utama negara kekal menjadi milik Ahmad Syihan Hazmi sementara dua rakannya di Piala Asia 2023, Sikh Izhan dan juga Azri Ghani kekal mendapat tempat bersama Harimau Malaya.
Seorang lagi watak penting iaitu penjaga gol Kedah Darul Aman, Kalamullah Al-Hafiz turut mendapat tempat pada panggilan kali ini.
Beliau beraksi cemerlang dalam kempen pra-musim dan juga dua permulaan liga sungguhpun tewas kepada Selangor tempoh hari.
Skuad kebangsaan akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.
Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.