Perbincangan Intensif Kim Pan-gon & FAM Jadi Jawapan Akhir Jurulatih Bawah 23 Tahun Negara
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan-gon bakal menjadi jawapan akhir mengenai individu yang menggalas tugas sebagai ketua jurulatih bawah 23 tahun negara.

Pandangan pengendali kelahiran Korea Selatan itu ditagih dalam usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mewujudkan kesinambungan antara skuad senior dan juga junior.

Malah, FAM juga tidak mahu terburu-buru mengenai sosok yang bakal mengisi jawatan tersebut sebaliknya mahu individu yang benar-benar layak menggalas peranan itu.

Advertisements

“Jawatankuasa Teknikal dan Pengarah Teknikal (Scott O’Donell) juga akan turut melontarkan pandangan beliau mengenai keputusan perlantikan kali ini.”

“Pelantikan ketua jurulatih B-23 ini sudah pastinya akan membabitkan ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon.”

FAM mahu memastikan pelan yang dirangka oleh Pan-gon dapat diselaraskan dengan pasukan muda negara kerana ia bakal melibatkan kedua-dua pasukan.

Advertisements

“Perbincangan intensif bersama Kim Pan-gon akan diadakan selepas ini bagi menentukan hala tuju siapa yang patut menjadi ketua jurulatih pasukan muda negara.”

“Kita cakna mengenai persiapan pasukan kebangsaan akan turut melibatkan pemain B-23 ini, jadi kita mesti mengambil pandangan jurulatih skuad kebangsaan juga,” kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi kepada Arena Metro.

FAM juga dijangka bakal mengumumkan keputusan akhir dalam masa terdekat dengan nama-nama seperti Kim Dong-jin dan Kim Hak-bum menjadi calon panas, sementara seorang lagi ialah ketua jurulatih B-19 negara, Hassan Sazali Waras.

Advertisements

Sebelum ini, Maloney telah mencapai persetujuan bersama FAM untuk melepaskan peranannya susulan prestasi kurang memberangsangkan skuad B-23 negara dalam tiga kejohanan iaitu Piala AFF di Kemboja, Sukan Sea Vietnam dan Piala AFC di Uzbekistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram