Advertisements
Kim Pan-gon Pantau Rapat 3 Bintang Terengganu
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon dilihat mula membuka mata terhadap potensi sebenar tiga bintang muda Terengganu yang mula meningkat naik.

Senarai panggilan ke kem latihan pusat bagi aksi Pestabola Merdeka 2023 mencuri tumpuan apabila terdapat beberapa muka baharu yang dipanggil untuk menggalas cabaran negara.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu juga membuka ruang buat penjaga gol utama Terengganu FC, Suhaimi Husin untuk membuat debut bersama Harimau Malaya selain Azam Azmi kembali semula memperkuat pasukan.

Perkara yang menjadi tumpuan apabila Pan-gon telah mula menyenaraikan beberapa pemain muda Terengganu dalam senarai bersedia.

Kelibat pertahanan muda skuad Peteh, Ubaidullah Shamsul membuat kejutan apabila tersenarai bersama Shahrul Nizam Roshasni dan juga Engku Nur Shakir.

Nama pertahanan versatil negara, Safwan Mazlan juga turut berada dalam senarai bersedia bersama Nor Hakim Hassan dan Rahadiazli Rahalim sekaligus membuktikan kepercayaan pengendali negara terhadap kualiti pemain pasukan tersebut.

Pemain yang disenaraikan juga menjadi pilihan utama di peringkat kelab di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner.

Pengalaman beraksi di pentas Piala AFC juga memberi nilai tambah untuk terus menggalas tugas negara menjelang detik penting ke Piala Asia.

Skuad ampuh ini ditagih bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 13 hingga 17 Oktober 2023.