Kim Pan-gon ‘Pening Kepala’
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Menjelang aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia dan Turkmenistan esok hari, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon akui sedikit keliru dan pening untuk memilih kesebelasan terbaik pasukan.

Dalam sidang media pra-perlawanan, Kim Pan-gon menjelaskan bahawa barisan pemain kali ini cukup lengkap daripada setiap posisi dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Mereka menunjukkan prestasi yang cukup positif sepanjang sesi latihan dijalankan.

“Dalam kalangan 27 pemain ini, mereka amat berdaya saing. Saya amat yakin sesiapapun layak untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.”

Advertisements

“Semua pemain kini berada dalam keadaan yang cergas. Saya juga pening kepala untuk membentuk kesebelasan utama. Namun kita akan berhati-hati dalam memilih untuk menurunkan pasukan terbaik untuk perlawanan esok,” ujar Kim Pan-gon.

Difahamkan, kem Harimau Malaya yang dibarisi seramai 27 pemain kali ini semuanya berada dalam keadaan yang cergas dan bersedia untuk diturunkan.

Lapan muka baharu dalam kem Kim Pan-gon kali ini semestinya menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan untuk melihat kelibat nama-nama yang sedang meningkat naik seperti Endrick Dos Santos, Feroz Baharudin dan Paulo Josue untuk membuat penampilan pertama bersama Harimau Malaya.

Advertisements

Malaysia bakal berdepan cabaran pasukan Turkmenistan pada esok jam 10 malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Perlawanan tersebut boleh ditonton secara langsung di platform Astro Arena 801, TV9, Tonton dan Astro Go.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram