Kim Pan-gon Rangka Pelan Strategik Buat Harimau Malaya Ke Piala AFF
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon kini sedang melakukan persediaan yang cukup teliti bagi memastikan skuad negara berada dalam keadaan terbaik menjelang Piala AFF hujung tahun nanti.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar, beliau menjelaskan berkenaan perancangan skuad kebangsaan ketika ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin memaklumkan bahawa pasukan negara akan menggunakan dua jendela perlawanan persahabatan ini sebagai medan terbaik untuk mempersiapkan Harimau Malaya dengan sebaik mungkin.

Advertisements

“Kita akan menggunakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa ini bagi persiapan pasukan negara kita.”

Malah, beliau turut memaklumkan bahawa jurulatih kelahiran Korea Selatan ini sedang membuat percaturannya yang tersendiri dalam usaha untuk memacu kejayaan pasukan.

“Jurulatih (Kim Pan-gon) juga sedang membuat persiapan dan kita akan memanfaatkannya bagi memastikan pasukan negara bersedia sebelum Piala AFF nanti,” Jelasnya dalam satu temubual.

Advertisements

Dua jendela aksi antarabangsa yang dimaksudkan dijangka berlangsung pada bulan September dan November ini sekaligus memberi peluang terbaik kepada Pan-gon untuk mencari formula buat Harimau Malaya.

Malaysia kini menghuni tangga ke-147 dunia daripada kedudukan 154 sebelum ini susulan prestasi memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Ini juga termasuklah kemenangan yang diraih daripada dua pasukan yang berada pada ranking lebih baik iaitu Hong Kong dalam aksi persahabatan bulan lalu.

Advertisements

Malah, kemenangan ke atas Turkmenistan pada Kelayakan Piala Asia itu membantu Malaysia untuk mengumpul 1,057 mata secara keseluruhannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram