Kim Pan-gon ‘Tabik’ Faisal Halim
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap Harimau Malaya, Muhammad Faisal Halim terima pujian daripada pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon.

Sebaik sahaja secara rasmi diumum sebagai pemenang bagi anugerah gol terbaik Piala Asia bagi edisi kali ini, kejayaan Faisal itu telah mendapat perhatian daripada Kim Pan-gon. Pengendali asal Korea itu menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang dikecali anak buahnya itu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik KPG di laman Instagram Story miliknya, jurulatih berusia 54 tahun itu mengucapkan tahniah kepada Faisal. Beliau dilihat begitu teruja dan menganggap inilah antara keindahan yang berjaya dikecapi kem kebangsaan.

Advertisements

“Tahniah Faisal, inilah keindahan bola sepak Malaysia,” tulis Kim Pan-gon.

Sungguhpun Malaysia sekadar menamatkan kempen Piala Asia 2023 di peringkat kumpulan, anugerah yang digondol Faisal ini secara tidak langsung telah menambah kegembiraan dihati peminat bola sepak tempatan.

Jaringan Faisal itu berjaya mengetepikan beberapa calon ternama Asia yang lain seperti Son Heung Min dari Korea Selatan, Mousa Tamari dari Jordan, Supachok Sarachat dari Thailand dan Keito Nakamura, dari Jepun.

Advertisements

Untuk rekod, sejak penampilan pertama Faisal bersama skuad Harimau Malaya pada 2019, pemain yang mesra disapa Mickey ini telah mencatat sebanyak 14 jaringan daripada 29 penampilan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram