Kipre Tchetche: Rasa Bertuah Kembali Beraksi Bersama Terengganu
Dunia
terengganufc.com
Advertisements

Pemain kelahiran Ivory Coast, Kipre Tchetche menzahirkan rasa bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh pasukan Terengganu buat kali yang kedua.

Ramai mengatakan bahawa amat sukar untuk seseorang pemain bola sepak itu kembali semula ke kelab yang pernah disertai sebelum ini, jelas Kipre.

“Dalam bola sepak, memang sukar buat pemain kembali beraksi dengan pasukan sama dan sebelum saya bersama Terengganu semula, ramai peminat mengatakan amat sukar untuk bekas pemain-pemain kembali ke sini selepas keluar.

Advertisements

Kipre Tchetche dalam pada itu berharap agar banyak pencapaian yang boleh dikecapi bersama Terengganu bagi musim baru ini.

“Jadi saya rasa sangat bertuah kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk pulang ke Terengganu, tempat saya mulakan karier di Liga Malaysia selain banyak kenangan indah telah tercipta di sini, harap musim 2022 akan memberikan kenangan yang lebih bermakna.

Tambah Kipre, beliau sudah menganggap Terengganu sebagai negeri kedua buatnya selepas Kedah. Beliau menjelaskan bahawa perpisahan bersama Kedah adalah dengan cara yang baik tanpa ada masalah yang timbul.

Advertisements

“Terengganu umpama negeri kedua dan semasa berhijrah ke Kedah pada musim 2020, saya sebenarnya berpisah dengan cara baik dan tiada masalah untuk saya kembali ke sini”, kata Tchetche Kipre kepada MFL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram