Kisah Tugay Kerimoglu, Pemain Bola Sepak Yang Kuat Merokok
Dunia
Instagram: @tugay
Advertisements

Pemain kelahiran Turki, Tugay Kerimoglu adalah seorang pemain bola sepak yang aktif merokok sepanjang karier profesionalnya. 

Tabiat merokok ini menyebabkan beliau pernah merokok seperti ‘cerobong asap’ selama lapan tahun di Blackburn dan akan menyalakan rokok setiap kali tamat separuh masa pertama permainan di bilik persalinan.

Bekas pemain antarabangsa Turki itu, berjaya membuat sebanyak 233 penampilan liga untuk Blackburn Rovers dari 2001 hingga 2009. Beliau merupakan watak penting di bahagian tengah apabila sering kali diturunkan dalam kesebelasan utama. 

Advertisements

Malah, Tugay juga adalah pemain kegemaran bagi peminat di Ewood Park selepas beraksi cemerlang dan konsisten di bahagian tengah buat pasukan Blackburn Rovers. 

Menurut bekas rakan sepasukanya, Matt Jansen mengatakan bahawa Tugay sentiasa memperagakan aksi yang luar biasa serta menjadikan corak permainan lebih mudah walaupun tabiatnya yang sering merokok sekurang-kurangnya 20 batang sehari.  

Menurut temubual di The Athletic, Jansen menyifatkan bahawa Tugay adalah seorang pemain yang paling cerdas ditemui sepanjang karier profesionalnya sepanjang 19 tahun. 

Advertisements

“Beliau tidak mempunyai kelajuan sama sekali dan tidak memiliki stamina yang bagus. Beliau juga jarang berbicara dalam bahasa Inggeris. Beliau merokok 20 batang setiap hari. Namun, kita dapat lihat kehebatannya tetap menonjol di Blackburn Rovers” 

“Beliau memiliki visi yang menakjubkan. Beliau juga adalah pemain yang terbaik pernah saya bermain bersama. Pemain yang berkelas dunia” 

“Beliau akan mencium bau tembakau di bilik persalinan sebelum mula perlawanan. Kemudian beraksi selama 45 minit permainan dan beliau akan pergi merokok pada separuh masa pertama” 

Advertisements

“Saya ingat lagi apabila Graeme Souness melihat bilik persalinan dan berkata,” Di mana Tugay? “Kami semua melihat ke arah tandas dan kelihatan asap keluar dari bahagian atas bilik.” 

“Perkara ini akan memberi kesan buruk buat pemain lain akan tetapi tidak buat Tugay”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram