‘Kita Tak Kesah Kad Merah’ – Syazwan Zainon
Dunia
Photo: Youtube unifi
Advertisements

Dalam satu perlawanan melibatkan pasukan Terengganu dan Kedah Darul Aman di Gong Badak, terdapat satu insiden dimana Syazwan Zainon meluahkan perasaannya kepada pengadil garisan.

Beliau yang menerima rawatan setelah dikasari pemain Terengganu nyata kecewa dengan apa yang terjadi.

Sementara itu penonton yang menyaksikan perlawanan ini dapat menangkap alunan suara Syazwan Zainon yang mungkin tidak menyedari beliau berada dekat dengan microphone.

Advertisements

“Kita tak kisah kena kad merah, pecah muka dia satgi”
Reff : Dah2.. microfon dengaq satgi.
“Kuang ajaq. Muda lagi kot”
Reff : Tau3…

Walaubagaimanapun insiden seperti ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana ianya berlaku dalam mana-mana perlawanan bola sepak profesional di seluruh dunia.

Namun kali ini perlawanan berlangsung tanpa penonton dan suara beliau berjaya dirakam dengan jelas sekaligus mencuit hati penonton.

Advertisements

Semoga tiada apa-apa yang lebih buruk bakal terjadi kerana kebiasaannya pergaduhan mulut hanya berlaku semasa perlawanan sedang berlangsung dan pemain akan segera memohon maaf selepas perlawanan tamat.

Dalam perlawanan ini pasukan tuan rumah, Terengganu tewas 1-2 kepada Kedah Darul Aman sekaligus menutup ruang pasukan Terengganu mencabar kedudukan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram