KL City Ada Sebab Tak Mahu Kurangkan Bajet Pasukan
Liga Super
KLFA
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad tampil memberikan penjelasan berkenaan perancangan bajet pasukan KL City.

Juara Piala Malaysia 2021, KL City difahamkan tidak akan mengurangkan bajet pasukan bagi musim hadapan menurut kenyataan Khalid Abdul Samad dalam sebuah sidang media yang berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

“Ada yang berpandangan kita harus bersederhana, kita buat ikut apa yang kita ada. Jika RM5 juta maka guna RM5 juta sahajalah.”

Advertisements

“Tetapi jika kita berbuat begitu, kita akan korbankan kualiti bola sepak pasukan. Kita sedang bersaing dalam satu liga yang mana paling tinggi mungkin RM100 juta lebih seperti JDT. Saya pun tidak tahu bajet yang sebenar.”

“Yang kita tahu pasukan Selangor gunakan RM33 juta setahun dan saya dimaklumkan kerajaan akan tambah lagi RM10 juta. Jadi kini RM43 juta. Terengganu hampir RM30 juta.”

“Jadinya jika kita sekadar bayar untuk adakan pasukan (KL City) tetapi jadi pasukan tercorot pun tak mengapa, maka kita tidak ada visi dan tidak ada kesungguhan pada pandangan saya.” ujar Khalid Abdul Samad.

Advertisements

“Kita mahu bermain selamat (kurangkan bajet), kita akan korbankan bola sepak. Jadi kita harus ambil ini sebagai cabaran, kita sudah bertahan 3 tahun dan potensi daripada pelabu dan sponsor yang lain ada. Kita harus bekerja keras.”

“Cara saya, kita letakkan satu sasaran, kita bina satu pasukan yang bagus dan ada bajet yang boleh diuruskan, bagi saya RM14 juta adalah munasabah.”

“Kita sudah lihat situasi pasaran, kita boleh dapatkan jurulatih dan pasukan yang bagus dengan RM14 juta. Kita boleh gegarkan JDT, kita adalah satu-satunya pasukan yang tewaskan JDT pada tahun 2021 dalam aksi akhir Piala Malaysia. Ketika itu bajet kita hanya RM12 juta dan kita boleh lakukan.” tambahnya lagi.

Advertisements

KL City menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-7 pada musim lalu selepas mengumpul 38 mata menerusi 10 kemenangan, 8 seri dan 8 kekalahan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram