Kuala Lumpur City (KL City) membayar kejayaan memperoleh satu mata dengan harga yang begitu mahal.
Skuad kendalian Miroslav Kuljanac turun dengan motivasi terbaik di laman sendiri untuk meraih tiga mata pertama menentang Kuching City.
Beberapa pemain tunjang turun dalam kesebelasan utama seperti kapten pasukan, Paulo Josue, Giancarlo Gallifuoco, Brendan Gan dan juga Ryan Lambert.
Mimpi ngeri buat The City Boys pada perlawanan pertama terjadi apabila kehilangan tonggak berpengalaman, Kamal Azizi.
Pertahanan berusia 32 tahun itu mengerang kesakitan ketika bertarung dengan pemain lawan di Stadium Cheras dan tangannya mengenai sepakan pemain lawan.
Menerusi satu kenyatan oleh jurulatih selepas tamat perlawanan, beliau mengesahkan bahawa Kamal Azizi mungkin bakal terlepas beberapa perlawanan berikutnya.
Hal ini susulan kecederaan pada bahagian lengan yang difahamkan retak namun perlu menunggu pemeriksaan lanjut.
Pasukan Ibu Kota itu memiliki seorang lagi pemain iaitu Anwar Ibrahim untuk bermain pada posisi tersebut namun memilih untuk memasukkan J. Partiban semalam.
Perlawanan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan 1-1 dengan tuan rumah beraksi 10 pemain selama 60 minit.
Video: KL City vs Kuching City