Advertising
KL City Buru Kelompok 5 Terbaik Liga Super
MakanBola
KL City FC

Finalis Piala FA 2023, KL City FC berhasrat mendapatkan kelompok lima pasukan terbaik Liga Super musim 2024/25.

Hasrat ini diluahkan bek tengah Australia, Giancarlo Gallifuoco kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk Nadi Arena semalam.

Ad

Kempen musim 2023 menyaksikan KL City menamatkan Liga Super di tempat ketujuh dengan 38 mata. Selain mara ke final Piala FA, pasukan itu turut berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Ad

Dengan masalah kewangan pasukan itu sudah berakhir, The City Boys berjaya membawa masuk beberapa pemain berkaliber seperti Brendan Gan dan Mahali Jasuli.

Gallifuoco percaya kehadiran bekas kapten Selangor FC itu mampu membantu pasukan yang dibimbing Miroslav Kuljanac itu merealisasikan impian berkenaan.

Ad

“Kita bertuah kerana ada Brendan Gan. Beliau seperti abang sulung kepada saya. Kehadiran beliau dalam pasukan merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Kita memiliki keserasian yang bagus.

Ad

“Sekarang ini, saya rasa pemain-pemain seperti Paulo (Josue), Anwar (Ibrahim), Kenny (Palraj) dan (J.) Partiban, saya seperti mengenali mereka untuk tempoh masa yang lama.

Ad

“Ini keluarga KL City, ini sudah jadi macam keluarga saya. Saya percaya kita boleh melepasi pencapaian musim lepas, saya percaya kita boleh lakukannya.

“Musim lepas, kita menduduki tempat ketujuh. Saya percaya kita boleh menduduki kedudukan lima teratas. Saya dengar KL (City) sudah lama tidak berada di kedudukan lima teratas sejak 33 tahun lalu.

“Jadi, bagi saya, ini matlamat yang ada dalam kepala saya. Dan kita ada ACC (ASEAN Club Championship). Kita akan buat satu persatu tapi saya rasa yakin,” katanya.

KL City bakal membuka kempen Liga Super dengan menentang Kuching City FC pada 12 Mei ini.