KL City Hilang 4 Tonggak Penting Musim 2024/25
Transfer
KL City FC
Advertisements

Liga Super musim 2024/25 menyaksikan KL City FC kehilangan empat tonggak utama yang membantu mereka ke final Piala FA musim 2023.

Mengikut data Transfermarkt, empat tonggak tersebut ialah T. Saravanan, Azim Al Amin Kamaruddin, Akram Mahinan dan Romel Morales.

Saravanan dan Azim masing-masing menyertai Sri Pahang FC dan Selangor FC. Sementara Akram pula beralih angin dengan menyertai Terengganu FC.

Advertisements

Manakala Morales pula menyertai pasukan yang merangkul empat trofi Liga Malaysia (Liga M) musim lepas, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Keempat-empat pemain ini memilih untuk berhijrah ekoran masalah kewangan yang membelenggu KL City sebelum ini.

Ketiadaan Akram dan Morales amat dirasai kerana kedua-duanya masing-masing bersama The City Boys sejak 2020 dan 2021.

Advertisements

Tempoh tersebut menyaksikan mereka masing-masing merekodkan 68 dan 80 penampilan mengikut data buat pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu.

Selain final Piala FA 2023, Akram dan Morales turut membantu KL City menjulang Piala Malaysia 2021 dan mara ke final Piala AFC 2022.

Meskipun hanya bersama The City Boys selama semusim, Saravanan membuktikan dirinya sebagai pemain utama pasukan itu di bahagian sayap.

Advertisements

Tonggak skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) itu merekodkan 28 penampilan, empat gol dan dua bantuan gol bersama KL City pada musim 2023.

Rakan sepasukannya dalam skuad Harimau Muda, Azim membuktikan dirinya boleh diharap jika diperlukan sebagai penjaga gol utama pasukan.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu muncul wira dengan menafikan penalti Terengganu FC dalam aksi separuh akhir Piala FA 2023. Keampuhan Azim membantu The City Boys mara ke final edisi berkenaan.

Advertisements

Meskipun perlu bersaing dengan Kevin Ray Mendoza dan Azri Ghani, beliau masih merekodkan enam penampilan dan dua rekod tanpa bolos.

Ketiadaan mereka mendorong pengendali baru KL City, Miroslav Kuljanac membawa tiga empat pemain baru sebagai pengganti.

Tiga pemain tersebut ialah Brendan Gan, S. Sharvin dan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy. Sementara slot Morales pula dijangka diisi penyerang muda, Haqimi Azim atau penyerang Filipina, Patrick Reichelt.

Dengan masalah kewangan yang membelenggu pasukan itu sudah selesai, tidak mustahil KL City sedang mencari pemain yang boleh menggantikan penyerang Malaysia berdarah Colombia itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram