KL City ‘Ikat’ Zhafri Yahya Lebih Lama
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Pencapaian lebih 200 penampilan bersama KL City FC pada musim 2023 merupakan satu pencapaian hebat buat pemain tengah Zhafri Yahya.

Dan beliau berpotensi menambah lagi bilangan penampilannya untuk The City Boys pada musim hadapan.

Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan pengurusan kelab itu telah menawarkan lanjutan kontrak selama dua tahun kepada Zhafri.

Advertisements

Sekiranya beliau menerima tawaran tersebut, ini merupakan berita baik buat pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu.

Sebelum ini, khidmat Zhafri dikatakan diintai oleh Sri Pahang FC bagi memperkuat jentera tengah mereka untuk musim 2024-2025.

Advertisements

Sepanjang bersama KL City, Zhafri telah menggondol gelaran juara Piala Malaysia edisi 2021. Malah, beliau turut dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir selepas membantu The City Boys mengalahkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) 2-0.

Selain Piala Malaysia 2021, Zhafri turut membantu KL City layak ke final Piala AFC 2022 dan final Piala FA 2023.

Advertisements

Musim 2023 menyaksikan beliau merekodkan 28 penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M), menyumbat dua gol dan mencipta empat bantuan gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram