KL City Jalin Kerjasama Dengan Kelab La Liga
Liga Super
Cadiz CF/KL City FC
Advertisements

KL City FC menjalin kerjasama dengan Cadiz CF, sebuah kelab yang beraksi dalam saingan La Liga Sepanyol.

Pengumuman kerjasama ini dibuat menerusi laman media sosial rasmi KL City FC hari ini. Ia turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Pemeteraian perjanjian dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard Samuel dan Pengarah Operasi Cadiz, Jose Luiz Donoso Alvarez. Ia turut disaksikan oleh wakil La Liga di Malaysia, Adrián Prol Vázquez.

Advertisements

Kerjasama ini menyaksikan dua kelab ini bakal bekerjasama dalam beberapa aspek seperti teknikal dan komersial. City Boys berpeluang bukan saja menjalani latihan pra-musim bersama Cadiz.

Malah, pasukan yang dibimbing Bojan Hodak itu berpeluang beradu kekuatan dengan pasukan utama kelab yang diberi jolokan El Submarino Amarillo.

Selain itu, kedua-dua kelab juga akan mempromosikan kelab masing-masing di Sepanyol dan Malaysia serta meneroka peluang-peluang lain yang boleh memberi manfaat komersial.

Advertisements

Bagi Stanley, ini peluang terbaik buat City Boys belajar daripada sebuah pasukan yang beraksi dalam salah satu liga yang terbaik di dunia.

“Ada nilai besar mendedahkan para pemain dan jurulatih kepada program latihan dan kursus kejurulatihan yang boleh diatur sama ada di Malaysia atau Sepanyol,” katanya kepada SNE Sports.

Sementara pemilik bersama El Submarino Amarillo, Ben Harburg melihat kerjasama ini sebagai peluang meneroka pasaran komersial di Asia Tenggara terutama di Malaysia.

Advertisements

“Cadiz mempunyai fokus strategik untuk Asia Tenggara dan kami percaya kerjasama dengan KL City FC ialah langkah pertama yang kuat ke pasaran Malaysia.

“Kami tidak sabar melihat pemain-pemain mereka bersama kami di Sepanyol dan membawa pasukan kami ke wilayah ini tidak lama lagi,” ujarnya.

Kerjasama ini merealisasikan janji pemilik KL City FC, Azri Azerai yang mahu melihat pasukan menjalin kerjasama dengan pasukan-pasukan yang beraksi di luar negara.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram