Piala AFC: KL City Cipta Sejarah Layak Ke Pusingan Kalah Mati Tewaskan Tampiners Rovers
Dunia
KL City Football
Advertisements

Pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) menampilkan aksi yang cukup gah untuk mencatat kemenangan ke atas Tampiners Rovers FC dengan keputusan 2-1.

Skuad bimbingan Bojan Hodak ini dibarisi oleh para pemain terbaik dalam usaha untuk meraih 3 mata penuh pada perlawanan ini.

The City Boys memulakan langkah dengan cukup garang seawal minit pertama permainan dengan asakan bertali-arus untuk menembusi gawang gol yang dikawal oleh Syazwan Buhari.

Advertisements

Usaha keras ini membuahkan hasil apabila gerakan yang direncanakan oleh barisan serangan yang diketuai oleh Romel Morales berjaya disudahkan oleh kapten pasukan, Paolo Josue.

Tidak terhenti di situ, KL terus menggandakan usaha untuk melebarkan kedudukan dan ini berhasil apabila Paolo sekali menjaringkan gol kedua pasukan.

Walau bagaimanapun, skuad bimbingan Gabin Lee bangkit untuk merapatkan kedudukan dengan gol pertama pasukan pada minit ke-35.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah jelas mahu menambah lagi jaringan apabila serangan demi serangan terus dilancarkan ke gawang pasukan dari Singapura itu.

Peluang terbaik KL City hadir apabila gerakan dari bahagian kanan oleh Romel Morales hanpir membuahkan hasil namun ia digagalkan oleh penjaga gol Tampiners Rovers.

Hadin Azman turut berpeluang untuk menjaringkan gol ketiga apabila larian derasnya berjaya mengelirukan pertahanan lawan namun sepakannya mudah ditangkap oleh Syazwan.

Advertisements

Namun begitu, tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan oleh para pemain KL sepanjang 45 minit babak kedua.

Keputusan ini menyebabkan peluang KL untuk mara ke pusingan berikutnya cerah sambil menanti keputusan dari kumpulan lain untuk mengesahkan slot ke pusingan kalah mati.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram