KL City Perbaharui Kerjasama Dengan Kelab Iran
Liga Super
KL City FC
Advertisements

KL City FC terus mengorak langkah dalam menjalin kerjasama dengan pasukan dari luar negara. Terbaru, mereka memperbaharui kerjasama dengan kelab bola sepak Iran, Sepahan hari ini.

Pembaharuan kerjasama kedua-dua pihak ini diumumkan oleh The City Boys menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi mereka hari ini.

“Pembaharuan kerjasama dengan Foolad Mobarakeh Sepahan Sport Club. Kolaborasi ini melambangkan perkongsian komitmen untuk mendidik bakat bola sepak muda dan membentuk satu komuniti bola sepak yang kuat.

Advertisements

“Kami tidak sabar untuk melangkah lebih jauh dengan pembaharuan perkongsian kita ini!” kata kelab dalam satu kenyataan hari ini.

Sepahan merupakan antara kelab paling berjaya dalam arena bola sepak Iran. Yellow Storm bukan saja kelab pertama negara itu meraih kejuaraan liga tiga musim berturut-turut.

Advertisements

Malah, pasukan ini turut mencipta sejarah sebagai wakil Iran pertama yang layak beraksi dalam Piala Kelab Dunia FIFA 2007.

Pada musim lepas, Sepahan muncul naib juara Persian Gulf Pro League sekaligus melayakkan mereka secara merit ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024.

Advertisements

Pengalaman Yellow Lions beraksi di peringkat ACL dijangka ditagih KL City bagi membantu mereka bukan saja cemerlang dalam Liga Super. Malah, kerjasama ini diharap membantu The City Boys kembali beraksi di peringkat benua itu.

Kali terakhir The City Boys berbuat demikian ialah pada musim 2022 dalam saingan Piala AFC. Kejohanan tersebut menyaksikan KL City muncul naib juara selepas ditewaskan Al-Seeb dalam aksi final.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram