Liga Super: KL City & PJ City Sama Handal
Dunia
KL City FC
Advertisements

Perlawanan Liga Super yang melibatkan pertembungan KL City berdepan dengan PJ City berkesudahan dengan kedua-dua pasukan seri 0-0.

Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik mereka sungguhpun The City Boys terpaksa mempertaruhkan beberapa muka baharu selepas kehilangan tonggak utama akibat kecederaan.

PJ City dilihat bermula dengan cukup baik apabil melancarkan beberapa percubaan menerusi penyerang sensasi pasukan, Darren Lok.

Advertisements

Walau bagaimanapun, KL lebih mendominasi permainan menerusi hantaran-hantaran pendek tidak dapat diterjemahkan kepada jaringan.

Peluang terbaik anak didik Bojan Hodak hadir pada minit ke-17 apabila lorongan kapten pasukan, Irfan Zakaria berjaya menemui rakan namun hantaran lintang beliau gagal disudahkan dengan baik oleh Fakhrul Aiman.

Irfan Zakaria hampir-hampir menjaringkan gol sendiri apabila cubaan untuk mengeluarkan bola gagal dilakukan dengan baik.

Advertisements

Akan tetapi, Giancarlo menyelamatkan keadaan dengan membuat satu pengeluaran bola dengan pantas.

Bersambung babak kedua, KL bermula dengan cukup garang untuk mencari gol pendahuluan.

Percubaan Hadin Azman menerusi sepakan percuma hampir-hampir membuahkan hasil namun ia sedikit melewati palang gol.

Advertisements

Pemain sayap KL City, Fakhrul Aiman juga mempunyai peluang keemasan namun sekali lagi beliau melepaskan peluang tersebut.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram