KL City Sambar Khidmat Pertahanan Montenegro, Adrijan Rudovic
Transfer
KL City FC
Advertisements

Finalis Piala FA 2023, KL City FC diperkuatkan dengan seorang pemain import baru dari Montenegro iaitu Adrijan Rudovic.

Perpindahan bek tengah berusia 28 tahun itu diumumkan The City Boys menerusi platform media sosial mereka hari ini.

“Sedikit hadiah Raya buat The City Boys! Selamat datang ke ibu kota, bek tengah baru kita, Adrijan Rudovic!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Kehadiran Rudovic dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan bek tengah Croatia, Matko Zirdum.

Khidmat Zirdum sebagai pemain import KL City tidak dikekalkan selepas merekodkan 20 penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Ini menjadikan Rudovic sebagai pemain import terbaru KL City untuk musim 2024/25. Sebelum ini, pengurusan The City Boys memilih mengekalkan Giancarlo Gallifuoco dan Patrick Reichelt.

Advertisements

Perpindahan ini menjadikan KL City sebagai pasukan pertama Rudovic di benua Asia selepas menghabiskan kariernya di Montenegro dan Greece.

Beliau sebelum ini beraksi untuk Sutjeska Niksic, FK Decic Tuzi, FK Bokelj, Otrant-Olympic, Panserraikos, KF Terbuni, OFK Petrovac dan KF Liria.

Rudovic menjadi pemain terbaru KL City selepas Brendan Gan, Ryan dan Declan Lambert, Nick Swirad, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan S. Sharvin.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram