Pertemuan perlawanan pertama pasukan Kuala Lumpur City FC menentang PSM Makassar berkesudahan dengan keputusan seri 0-0.
Kedua-dua pasukan menurunkan barisan pemain terbaik mereka dengan The City Boys mempertaruhkan gandingan Kecin Koubemba dan juga Romel Morales untuk mengetuai jentera serangan KL City.
Mereka bermula dengan cukup baik apabila melancarkan serangan bertali arus pada awal 20 minit permainan.
Walau bagaimanapun, pintu gol yang dikawal oleh Muhammad Reza Pratama kekal terselamat.
Peluang terbaik hadir menerusi satu rembatan deras yang dilepaskan oleh kapten pasukan, Paolo Josue sedikit melewati palang gol.
Percubaan pertahanan kanan pasukan, Kamal Azizi juga sedikit tersasar ke bahagian kiri gawang lawan.
Bersambung babak kedua, pasukan kendalian Bojan Hodak terus mengganas untuk memperoleh jaringan pendahuluan namun beberapa percubaan berbahaya mereka tidak menembusi gawang gol PSM Makassar.
Namun begitu, barisan pemain tengah KL City FC tidak mampu untuk memecahkan dominasi pertahanan lawan yang kekal tenang mengawal keadaan.
Pertukaran membawa masuk beberapa pemain seperti Safee Sali, Anwar Ibrahim dan lain-lain masih tidak dapat membantu pasukan kendalian Bojan Hodak untuk mencipta kemenangan.
KL City bakal berdepan cabaran Tampiners Rovers FC Khamis depan dalam usaha memburu tiga mata berharga.