KL City Tawar Projek Jangka Panjang Kepada Brendan Gan
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard menafikan mereka menawarkan gaji yang besar kepada pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan.

Perkara ini dinyatakan beliau kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk program Nadi Arena semalam.

Ini kerana disebabkan kedudukan kewangan mereka, The City Boys tidak mampu menawarkan gaji yang tinggi kepada bekas kapten Selangor FC itu.

Advertisements

Sebaliknya, kelab tersebut menawarkan peluang berbentuk projek jangka panjang kepada pemain berusia 35 tahun itu.

“Saya menawarkan lebih kepada projek sebab kewangan kita, semua orang tahu. Walaupun saya letak harga yang lebih, dia tahu keupayaan untuk bayar itu tiada.

“Saya tak perlu beritahu dia, dia tahu tentang hal itu. Jadi, apabila kita letak satu tawaran yang realistik dan menawarkan satu kerangka kerja projek jangka panjang, dia melihat itu yang baik untuk keluarga dia.

Advertisements

“Sudah tentu keluarganya turut memainkan peranan. Apabila dia berada di sini sudah lama, saya fikir mengetahui perkara itu mungkin beri sedikit kelebihan kepada kita.

“Dia juga tahu mungkin ada tawaran yang lebih lumayan (dari segi) kewangan. Tetapi saya menawarkan sesuatu yang lebih yang dia boleh lakukan.

“Sebab kita kena ingat pemain yang mencapai usia seperti Brendan, mereka juga ada tanggapan ‘Apa terjadi kalau badan saya tidak sama macam dulu? Apa yang mereka akan lakukan seterusnya?’

Advertisements

“Ramai sebenarnya (memikirkan soal itu). Saya juga pernah jadi pemain, antara perkara yang merisaukan pemain ialah pelan persaraan.

“Jadi, kita juga menawarkan sekiranya ada apa-apa berlaku, kita tawarkan masuk ke dalam (struktur kejurulatihan) seperti yang kita lakukan sebelum ini.

“Contoh seperti Shukor Adan. Beliau mendapat jambatan (perubahan karier) sehingga menjadi penolong jurulatih kebangsaan,” katanya.

Advertisements

Brendan menjadi pemain terbaru KL City selepas Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Ryan dan Declan Lambert, S. Sharvin dan Nick Swirad.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram