Ads
KL City & Terengganu ‘Ganti’ JDT
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers

Dua wakil Liga Malaysia, Kuala Lumpur City dan juga Terengganu menjadi pengganti Johor Darul Ta’zim (JDT ) di Shopee Cup.

Advertisements

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan usaha FAM dan MFL untuk membantu JDT memberi fokus terhadap saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Advertisements

Hal ini susulan tiada pertembungan aksi antara dua kejohanan itu yang membolehkan JDT menjadi wakil di Shopee Cup.

Advertisements
Advertisements

Namun begitu, Hamidin menjelaskan bahawa usaha FAM dan MFL untuk memastikan JDT memberi fokus kepada ACLE sekaligus membuka ruang buat dua kelab lain iaitu KL City dan Terengganu menjadi wakil Malaysia.

“Kalau kita lihat JDT bermain pada peringkat tertinggi kejohanan Asia. Mereka (JDT) tidak akan bermain pada mana-mana kejohanan lain.

Advertisements

“Selangor beraksi pada kejohanan peringkat kedua di Asia. Kedua-dua kelab ini ditawarkan beraksi dalam kejohanan Asean Championship (Shopee Cup).

JDT dan Selangor bagaimanapun difahamkan tidak mahu menyertai kejohanan itu disebabkan jadual padat terpaksa diharungi musim ini.

“Mereka (JDT dan Selangor) pun tidak mahu kerana jadual padat. Ditambah pula dengan kejohanan AFC, liga dan juga panggilan Harimau Malaya,” jelasnya kepada laman Harimau Malaya.

Hal ini membawa kepada penyertaan KL City dan juga Terengganu buat julung kalinya dalam kejohanan tersebut.

Advertisements

Dua kelab ini tidak asing lagi dalam kancah kejohanan Asia selepas The City Boys muncul naib juara Piala AFC 2022 sementara Terengganu beraksi dalam kempen sama musim lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram