KL City & UBB Amanah Perkukuh Kerjasama Komersial
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Kerjasama KL City FC dengan UBB Amanah Berhad terus diperkukuh menerusi satu upacara pemeteraian kerjasama yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Menerusi kerjasama ini, UBB Amanah Berhad terus menjadi penaja jersi pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu untuk tahun kedua berturut-turut.

Pemeteraian kerjasama ini dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC, Stanley Bernard Samuel dan CEO UBB Amanah Berhad, Aida Azura Othman. Ia turut disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad dan pemilik City Boys, Azri Azerai.

Advertisements

Bagi Aida, keputusan meneruskan kerjasama dengan City Boys merupakan komitmen UBB Amanah Berhad kepada pembangunan bola sepak terutama di Kuala Lumpur.

Selain itu, kerjasama ini diharap dapat membantu KL City FC untuk tampil lebih cemerlang selepas berjaya mara ke tiga final dalam tempoh tiga tahun.

“Sebenarnya, KL (City) sentiasa hebat. Jadi, apa yang dilakukan YB Khalid dan Stanley ialah menjadikan KL City lebih hebat.

Advertisements

“Saya menjadi penyokong KL (City) sejak dari kecil lagi. Jadi, sekarang bila kita ada peluang ini, UBB Amanah ingin menyumbang kepada pembangunan bola sepak di Kuala Lumpur,” katanya.

Manakala Stanley melihat kerjasama ini sebagai satu bentuk kerjasama jangka panjang yang bersifat menang-menang kepada kedua-dua pihak.

“Ianya untuk pengiklanan seperti yang anda lihat dalam dua tahun terakhir ini, (nama) mereka ada pada jersi selain DBKL. Jadi, mereka ada di situ secara konsisten.

Advertisements

“Anda tahu bila kami memenangi Piala Malaysia (pada 2021), sudah pasti itu meletakkan kami di luar sana pada kedudukan yang kukuh.

“Ini sesuatu yang saya, pengurusan tertinggi dan presiden rasakan membawa mereka ke final sekali lagi bersifat jangka panjang sebab biasanya dalam bola sepak Malaysia, kita biasanya melihat kerjasama jangka pendek, setahun dan kemudian pada tahun berikutnya, ada perubahan nama.

“Jadi, jersi kita kekal konsisten di mana kita ada UBB untuk dua tahun sekarang ini dan kita pun ada DBKL pada jersi utama kita. Jadi, ianya pengiklanan dan itu sebab mereka datang kepada kami,” ujarnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram