Pertembungan antara pasukan KL City dan Terengganu menyaksikan perlawanan berlangsung sengit di Stadium Cheras.
Aksi Liga Super ke-16 menyaksikan anak didik Bojan Hodak mahu meneruskan rentak cemerlang sungguhpun tewas 6-1 kepada JDT sebelum ini.
Motivasi terbaik hadir susulan kemenangan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan The City Boys mara ke pentas akhir Piala FA.
Gol pertama perlawanan hadir menerusi percubaan perancang tengah Terengganu, Omid Nazari namun segera dipadam oleh pertahanan kental KL City, Giancarlo Gallifuoco.
Keadaan cemas di benteng pertahanan yang dikawal oleh Suhaimi Husin yang dimanfaatkan oleh kapten pasukan, Paulo Josue sebelum Romel Morales menjaringkan gol ketika tuan rumah pada minit ke-43.
Bersambung babak kedua, anak didik Tomislav Steinbruckner memperoleh motivasi terbaik apabila meledak gol kedua pasukan menerusi pemain sayap, Nor Hakim Hassan.
Kelekaan benteng pertahanan tuan rumah menyebabkan penyerang berbisa pelawat, Ivan Mamut meledak gol ketiga Terengganu.
Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat sekaligus memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
KL akan berdepan Negeri Sembilan bagi aksi akan datang manakala Terengganu akan ke Kelana Jaya bagi berdepan PDRM.