KL Rovers & Harini FT Layak Ke Piala Malaysia
Liga M3
klrovers
Advertisements

Dua pasukan teratas Liga M3, KL Rovers FC dan Harini FT sah layak beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2023.

Ini selepas kedudukan terkini Liga M3 yang dikeluarkan AFL pada 30 Julai lalu. Mengikut kedudukan semasa, Rovers dan Harini mengungguli kedudukan dua teratas liga masing-masing dengan kutipan 36 dan 33 mata.

Kedudukan ini sukar dicabar oleh dua pasukan yang menduduki tempat ketiga dan keempat Liga M3, Imigresen FC dan Bukit Tambun FC.

Advertisements

Dua pasukan itu masing-masing hanya mengutip 26 dan 25 mata, hanya dibezakan 10 dan 11 mata dengan KL Rovers.

Dengan KL Rovers FC dan Harini FT sah layak ke Piala Malaysia, dua pasukan ini bakal berdepan cabaran sukar dalam pusingan 16 pasukan terbaik kejohanan berprestij itu.

Advertisements

Harini bakal berdepan Sri Pahang FC di Stadium Mini UPM pada 4 Ogos ini. Manakala Rovers pula berdepan cabaran Terengganu FC di Stadium Cheras pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram