‘Klon’ Alif Syukri Sertai İstanbul Başakşehir
Dunia
ibfk2014
Advertisements

Rata-rata ramai peminat bola sepak akui terkejut kerana seorang pemain bola sepak professional dari Turkey, Salih Ucan wajahnya mirip dengan seorang usahawan terkenal dari Malaysia iaitu Datuk Alif Syukri.

Pemain kelahiran Turkey ini sah menyertai pasukan Istanbul Basaksehir yang beraksi di liga utama Turkey secara pinjaman bagi saingan musim 2022.

‘Klon’ Alif Syukri ini mula menjinakkan diri dalam karier bola sepak sejak berusia 15 tahun dan sudah beraksi bersama skuad kebangsaan Turkey waktu itu.

Advertisements

Pemain berusia 28 tahun ini mempunyai pengalaman yang luas dalam kancah bola sepak apabila pernah berkelana ke kelab Itali seperti As Roma dan Empoli selama 5 tahun.

Bekas pemain Fenerbahçe ini mungkin gagal memberikan impak bersama kelab asalnya Besiktas apabila hanya berjaya membuat penampilan sebanyak 10 perlawanan tanpa sebarang gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram