Kobe Chong Beri Bayangan Perkuat Malaysia
Harimau Malaya
AFC Sudbury
Advertisements

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong beri bayangan bakal perkuat skuad kebangsaan tidak lama lagi.

Bermain di posisi tengah, pemain berusia 22 tahun ini sedang menjadi tonggak Barwell FC yang beraksi di saingan Southern League Premier Division Central.

Dalam satu hantaran di laman Instagram, Kobe sempat meninggalkan satu komen yang mencuri perhatian ramai. Beliau berterima kasih kepada semua peminat di Malaysia dan memberi bayangan bakal sarung jersi kebangsaan selepas meninggalkan emoji 👀 di akhir tulisannya.

Advertisements

“Terima kasih semua, jumpa anda nanti 🇲🇾👀,” tulis Kobe.

Dalam Sesi Townhall bersama Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pada Jun lalu, Hamidin berkata proses pendokumentasian dua pemain warisan iaitu Kobe Chong dan Richard Chin akan siap tidak lama lagi.

Advertisements

Terkini, bek tengah muda iaitu Richard Chin sudah bergelar pemain Malaysia dan sedang bersama dalam kem latihan Skuad B23 tahun negara. Kini kita menanti giliran satu lagi pemain kacukan Malaysia/England, Kobe Chong bergelar pemain Malaysia.

Kudrat Kobe Chong mampu ditagih skuad muda negara di pentas Piala Asia B23 kelak dan khidmat pemain ini pastinya bakal memberi nilai tambah buat pasukan kebangsaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram