Pemain tengah muda Malaysia, Kobe Jae Chong kini sedang mencari destinasi kelab baru.
Ini selepas pemain tengah berusia 22 tahun itu mengumumkan telah meninggalkan kelab Southern League Premier Division Central, Barwell baru-baru ini.
“(Saya) ingin mengucapkan Barwell FC selamat berjaya pada masa hadapan. (Saya) amat menikmati masa saya di sini, semuanya satu kumpulan yang hebat! Sekarang untuk yang seterusnya pula,” katanya di X.
Kobe sebelum ini menyertai Barwell pada November lalu selepas meninggalkan satu lagi kelab bukan liga, Alvechurch.
Sepanjang bersama pasukan itu, beliau telah merekodkan enam gol dan enam bantuan gol dari posisi bahagian tengah.
Selain posisi tengah, Kobe juga boleh beraksi sebagai pemain tengah menyerang atau bertahan mengikut keperluan perlawanan.
Selain Barwell dan Alvechurch, beliau juga pernah beraksi untuk AFC Telford, Nuneaton, Peterborough United, Sutton Coldfield Town, Cagliari, West Browmich Albion, Solihull, Banbury dan Redditch.