Kobe Chong Sebenarnya Dapat Tawaran Kelab Eropah & Asia
Dunia
Telford United
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Jamaica, Kobe Chong mengakui ada menerima tawaran daripada kelab Eropah termasuklah Malaysia dan Asia sebelum membuat keputusan untuk terus kekal di England.

Beliau yang kini telah secara rasminya menandatangani kontrak bersama Telford United sungguhpun sebelum ini ada yang mengaitkan beliau dengan pasukan Liga Super.

Hal ini disebabkan kehadirannya ke Sri Pahang telah menguatkan lagi desas-desus bahawa beliau akan pulang beraksi di Malaysia.

Advertisements

Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan, pemain berusia 21 tahun ini menjelaskan bahawa tiada sebarang tawaran konkrit yang dikemukakan oleh pasukan di Liga Super.

“Ada beberapa pasukan di Asia dan Malaysia yang mahukan saya tetapi tiada tawaran konkrit dibuat.”

Akan tetapi, keputusan untuk kekal beraksi di England adalah disebabkan oleh keluarga dan juga kelab tersebut yang amat dekat dengan dirinya.

Advertisements

Beliau juga sebelum ini sudah pun menjalani latihan bersama pasukan Sri Pahang dan mengakui tertarik dengan Malaysia namun menyedari keputusan untuk kekal di Eropah adalah jalan yang terbaik.

Malah, bekas bintang muda Peterborough United ini mengakui kepulangannya ke Malaysia adalah untuk menyelesaikan urusan dokumentasi bagi mewakili Malaysia.

Beliau menyedari bahawa proses ini bakal memakan masa yang cukup lama namun semangat dan cinta kepada Malaysia selain mahu beraksi bersama negara beliau sendiri.

Advertisements

Kobe Chong sebelum ini beraksi bersama Peterborough United di Divisyen 1 England sebelum berhijrah ke Telford United di National League North.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram