Kobe Chong Sertai Telford United
Dunia
Kobe Chong
Advertisements

Pemain tengah kelahiran England-Malaysia, Kobe Jae Chong secara rasminya menyertai pasukan AFC Telford United pada saingan musim baru ini.

Perancang muda berbakat ini sebelum ini berkelana bersama kelab divisyen 1 di England bersama Peterborough United namun kontraknya sudah pun tamat.

Beliau yang sebelum ini dikhabarkan bakal menyertai pasukan Liga Super memilih untuk terus kekal berkelana di sana bagi mengembangkan lagi perjalanan kariernya.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu telah pun mengesahkan perpindahannya ke National League North bersama kelab divisyen 6 Inggeris itu menerusi hantarannya di media sosial.

i

Kobe akui sangat teruja untuk menyertai Telford dan membantu pasukan untuk mengecapi lebih banyak kejuaraan.

“Saya sangat gembira kerana dapat menyertai Telford United.”

Advertisements

Malah, beliau sempat juga merakamkan ucapan kepada ejennya yang berjaya merealisasikan agar perpindahan ini terjadi.

Beliau juga dilihat sudah pun turun dalam perlawanan pra-musim bersama pasukan dalam usaha untuk berada pada tahap terbaik bagi saingan yang mendatang.

Kobe diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan ketika perlawanan menentang Shrewsbury United semalam ketika perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram