Advertisements
Kogileswaran Raih Pengalaman Berharga Di Korea Selatan
Liga Super
MakanBola
Penang FC

Penyerang Penang FC, R. Kogileswaran mengakui meraih banyak pengalaman berharga di Korea Selatan walaupun tempohnya bersama kelabnya sebelum ini, Chungbuk Cheongju tidak lama.

Bekas pemain PJ City FC itu mengakui amat tertarik dengan komitmen 100% yang ditunjukkan para pemain Chungbuk semasa sesi latihan. Ini kerana kesungguhan sebegitu bukan mudah untuk dicapai lebih-lebih lagi dengan intensity dan tahap bola sepak di Korea Selatan yang tinggi.

Malah, Kogileswaran melihat ini sama dengan cara jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon mengendali latihan semasa beliau menyertai kem skuad kebangsaan.

“Apa yang mereka tekankan dalam training ialah there’s no playing (jangan main-main). Maksudnya, tak boleh main sambil lewa. Semua player kena beri komitmen 100%.

“Training dia, intensity dia sangat-sangat tinggi. Walaupun training kan, saya tak pernah training macam itu. Bila saya di national team bersama Coach Kim (Pan-gon), training intensity kita boleh cari macam itu.

“Sana, each session tak kira penat atau lepas game recovery, semua player akan beri komitmen. Dan itu sangat-sangat susah pada saya tapi saya sudah adapt dengan baik. Dan saya rasa bola sepak mereka agak tinggi,” katanya bila ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk segmen Pemain Eksklusif.

Biarpun hanya mencipta satu penampilan bersama Chungbuk Cheongju, Kogileswaran tidak menyesal dengan keputusan beraksi di Korea Selatan.

Malah, bekas pemain Harimau Muda itu berharap pemain-pemain negara tidak menolak peluang beraksi di sana jika mendapat tawaran. Ini kerana terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari yang boleh menjadikan mereka pemain yang lebih berkualiti.

“Saya rasa memang kalau player Malaysia nak pergi, bagus untuk kita. Dapat main ke, tak dapat main ke, kita akan banyak belajar perkara-perkara positif dalam bola sepak yang amat tinggi di sana.

Especially training diorang, diorang punya disiplin (dan) pemakanan. Dalam semua aspek kita boleh belajar yang baik dan kita boleh menjadi pemain yang lebih bagus,” tambahnya.

Selepas menyertai Penang FC dalam tetingkap perpindahan kedua baru-baru ini, Kogileswaran sudah merekodkan dua penampilan.