Kpah Sherman Dedah Punca Sentuhan Belum Menjadi
Liga Super
Official Sri Pahang
Advertisements

Di sebalik hadir dengan reputasi yang cukup gah, sebagai mesin gol Liga Malaysia, penyerang import Kpah Sherman masih belum dapat menonjolkan kelebihannya bersama Sri Pahang.

Selepas tamat lima perlawanan (termasuk Piala FA), Kpah Sherman baru sahaja menjaringkan dua gol dan kelihatan bergelut untuk mempamer sentuhan terbaik sehingga seringkali menjadi sasaran kritikan penyokong.

Dia adalah sandaran utama di barisan depan Sri Pahang kendalian Fandi Ahmad ekoran kecederaan dialami Lucas da Silva, namun kelibatnya seperti tidak begitu mengancam.

Advertisements

Sambil menjelaskan punca utama sentuhannya masih belum menjadi, Kpah Sherman turut berharap agar kesemua rakan sepasukan terus komited memacu prestasi ke tahap terbaik.

“Kita tahu pasukan ada beberapa pemain yang masih cedera dan untuk terus fokus aksi akan datang, saya rasa kita memang memerlukan pemain untuk tolong di bahagian serangan.

Advertisements

“Ini kerana kalau hanya seorang sahaja penyerang, agak sukar dan sudah tentu kita mengharapkan pemain-pemain lain yang cedera akan kembali pulih selepas ini.

“Tetapi pastinya saya gembira dengan satu gol yang diperoleh untuk kita seri dengan Sabah dan saya hadiahkan jaringan ini untuk isteri dan juga anak saya yang baru lahir.

Advertisements

“Apa yang pasti, kita akan berusaha dengan lebih keras selepas ini untuk memastikan Pahang mampu kekal tanpa tewas”, ujar pemain dari Liberia itu.

Selain jaringan bertemu Sabah, satu lagi jaringan Kpah Sherman hadir ketika kemenangan 4-1 menentang Kelantan.

Advertisements

Dia merupakan pemenang kasut emas Liga Super 2019 dan pada tahun lalu, menjaringkan sebanyak 13 gol secara keseluruhan dalam semua pertandingan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram