Eropah
Sri Pahang FC
Advertisements

Penyerang berbisa Sri Pahang, Kpah Sherman dipanggil oleh pasukan kebangsaan Liberia bagi bertemu dengan pasukan Piala Dunia 2022.

Advertisements

Bintang sensasi Liga Malaysia itu kembali menemui sentuhan yang diharapkan untuk mengemudi jentera serangan Tok Gajah.

Bekas penyerang Terengganu ini bagaimanapun kembali mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan Liberia bagi aksi persahabatan kali ini.

Advertisements

Pemain berusia 32 tahun itu antara tiga muka di bahagian serangan termasuklah William Jebor dan Mohamed Kamara.

Liberia yang berada pada kedudukan ke-148 dunia bakal bertemu semi finalis Piala Dunia 2022, Maghribi.

Advertisements

Aksi Africa Cup of Nations qualification menyaksikan Liberia diundi dalam satu Kumpulan K bersama Afrika Selatan, Maghribi dan Zimbabwe.

Aksi berikutnya menyaksikan negaranya akan berdepan Semi Finalis Piala Dunia 2022, Maghribi di gelanggang lawan.

Pada musim ini, Kpah Sherman telah meledak 11 gol dalam 22 aksi bersama Tok Gajah musim ini.

Ketajaman penyudah pemain tinggi lampai ini ditagih ketika berdepan barisan bintang Maghribi yang cukup menyinar musim lalu.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram