Kuala Lumpur Jadi Medan Tempur Dua Negara ASEAN
MakanBola
Faris/MakanBola

Kuala Lumpur bakal menjadi medan tempur dua negara Asia Tenggara bagi menghadapi saingan ASEAN Hyundai Cup.

Stadium tersebut ialah Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras yang boleh memuatkan 18 ribu para penyokong dalam satu-satu masa.

Sebelum ini, Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi turut menjadi pertimbangan untuk aksi Asean Hyundai Cup ini namun Stadium Cheras menjadi pilihan.

Stadium ini menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana stadium keramat Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak dapat digunakan untuk kejohanan tersebut.

Ini kerana SNBJ atau nama baharunya, TM Stadium Nasional bakal menjalani proses penyelenggaraan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2027 dengan Malaysia sebagai tuan rumah.

Malaysia bakal membuka kempen ASEAN Hyundai Cup pada 25 Julai ini di tempat lawan iaitu Myanmar sebelum bertemu Laos di Stadium Cheras bagi aksi kedua.

Seterusnya, Harimau Malaya bakal menentang Thailand di Stadium Rajamangala dan bakal kembali ke Stadium Cheras untuk bertemu Filipina pada 8 Ogos.

Pemilihan kedua-dua stadium ini tidak akan menjadi isu buat anak didik Tan Cheng Hoe. Ini kerana kedua-dua stadium pernah menjadi gelanggang Harimau Malaya untuk aksi persahabatan antarabangsa seperti bertemu Cape Verde pada Mei 2025.

Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur juga bukan asing sebagai gelanggang saingan ASEAN Hyundai Cup. Stadium itu pernah menjadi venue aksi peringkat kumpulan edisi 2004, 2018 dan 2022.