Advertising
Kualiti Beregu Malaysia Pikat Herry Iman
UltraSukan
PBSI

Kualiti barisan beregu Malaysia merupakan antara faktor yang mendorong Herry Iman Pierngadi menerima tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Herry, 62, dipilih sebagai ketua jurulatih beregu lelaki negara yang baharu menggantikan jurulatih sebelumnya, Tan Bin Shen.

Ad

Beliau cukup dikenali kerana melahirkan ramai beregu lelaki handalan Indonesia. Ini termasuk dua pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Candra Wijaya-Tony Gunawan dan Markis Kido-Hendra Setiawan.

Ad

Apabila ditanya mengapa beliau menerima tawaran BAM, Herry memaklumkan beliau menerima tugas itu kerana kagum dengan kualiti beregu negara.

“Selain itu, kualiti pemain juga menjanjikan. Cukup baik dan cukup bagus. Itu yang membuat saya tertarik,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Ad

“Dalam jiwa saya seperti ada cabaran baru. Bukan hanya sekadar kemudahan yang membuat saya menerima tawaran kontrak ini. Yang utama, kualiti pemain yang cukup menjanjikan.”

Ad

Herry turut menyatakan rasa kagum terhadap mutu permainan yang dimiliki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Arif Junaidi-Yap Roy King.

Ad

“Selain Aaron Chia-Soh Wooi Yik, ada Man-Tee (Man Wei Chong-Tee Kai Wun) yang lolos ke separuh akhir Malaysia Open. Selain itu, ada juga Arif Junaidi-Roy King. Ada lapan pasangan beregu lelaki.

“Yang terpenting bagi saya adalah motivasi para pemain, terus juga bisa kerjasama dengan saya.”

Herry turut mendedahkan beliau akan melatih barisan beregu negara selama empat tahun dengan misi Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Beliau dijangka memulakan tugasnya secara rasmi pada Februari ini. Meskipun belum memulakan tugas, Herry bakal memantau prestasi barisan pemain negara terutama dalam saingan Indonesia Masters 2025.