Kualiti Heberty Mampu Lonjakkan JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kehadiran penyerang baru Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dari Brazil, Heberty Fernandes bakal membawa jentera serangan pasukan itu ke tahap yang berbeza.

Ini berdasarkan pandangan dua bekas penyerang Selangor, Nizaruddin Yusof dan Azman Adnan. Nizaruddin melihat bekas penyerang Muangthong United itu bukan saja pengganti jangka pendek buat Diogo Luis Santo dan Fernando Forestieri yang mengalami kecederaan.

Malah, beliau percaya rekod yang dilakar Heberty di Thai League 1 boleh saja diulanginya di Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.

Advertisements

“Saya rasa pengambilan dia untuk menampung ketiadaan sementara (Fernando) Forestieri dan Diogo (Luis Santo). Dan dalam tempoh empat, lima bulan juga, dia harus lebih cepat memahami permainan pasukan JDT.

“Dan dengan kualiti yang ada dan dia tak tinggi, 1.73 (meter) ketinggian dan badan yang padat, dia lebih kepada pemain number 9 atau number 10. Dua-dua tempat itu dia boleh main dan saya percaya dia boleh memberi impak yang bagus kepada JDT,” katanya semasa menjadi panel perlawanan Piala Malaysia Kelantan FC-JDT FC pada Jumaat lepas.

Pandangan bekas penyerang KL City FC itu turut dipersetujui oleh Azman. Dengan Harimau Selatan dibarisi ramai pemain berkualiti, tidak mustahil Heberty mampu menjadi peledak yang boleh diharapkan jurulatih Esteban Solari.

Advertisements

“Bagi saya, dia akan cepat mendapat rhythm kerana keliling dia, semua pemain terbaik (dan) berkualiti. Jadi, jika kita seorang striker dan contohnya, turun dengan pasukan dan pasukan pula mempunyai semua pemain berkualiti, kita akan cepat faham dan mudah (menghasilkan gol),” katanya.

Selepas menyumbat tiga gol dalam dua perlawanan, ketajaman Heberty bakal ditagih Solari untuk merobek lawan Liga Super mereka seterusnya, Sabah FC pada 9 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram