Advertising
Kualiti Jersi Harimau Malaya Terima Pujian Peminat
MakanBola
FA Malaysia

Kualiti jersi baharu Harimau Malaya yang dihasilkan Puma pujian mendapat pujian penyokong.

Jersi baharu ini merupakan permulaan kerjasama antara Puma dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama empat tahun.

Ad

Jersi tersebut turut menandakan bermulanya era baharu Harimau Malaya bersama Puma selepas menggunakan khidmat Nike dari 2007 hingga 2024.

Ad

Jersi baru Harimau Malaya direka menggunakan teknologi ULTRAWEAVE revolusioner Puma.

Teknologi tersebut membolehkan jersi ini direka untuk memberikan keselesaan ringan, fleksibiliti dan ketahanan buat pemain bila beraksi tidak kira sama ada di gelanggang tempatan atau pentas global.

Ad

Menariknya, jersi home dan away skuad negara menampilkan corak geometri bak belang yang menarik. Jersi home menggunakan warna kuning dan hitam dengan away menggunakan warna hitam dan putih.

Ad

Sebaik imej tersebut dimuat naik di media sosial, beberapa penyokong Harimau Malaya memuji kualiti jersi baru pasukan itu.

Ad

Salah seorang daripadanya ialah seorang pengguna bernama Jejaka Perasan. “Lawa juga tengok dekat-dekat,” katanya di ruang komen Instagram FAM.

Seorang lagi penyokong bernama Izhar__8 turut bersetuju dengan pandangan itu. “Ada corak-corak lawa juga,” ujarnya.

Pengasas bersama Kaki Jersi, Nor Akmar Ahmad turut memuji jersi berkenaan terutama dari segi fabrik. Ini kerana fabrik yang dipilih untuk jersi Harimau Malaya nampak lebih selesa.

“Paling dekat yang aku boleh nampak. Jadi, ini untuk keluaran pemain, ada corak dekat kain tapi logo nampak macam jalinan dan sulaman.

“Kredit untuk (jenis) kain. Jersi polar nampak ada kemajuan sediit, bukan sekadar potongan normal,” katanya di X.

Jersi ini dijangka digunakan untuk kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027. Skuad negara bakal berdepan Nepal pada 25 Mac ini.