Kuching City Gembira, JDT Sudi Beri Izin Guna Padang
Dunia
Instagram: @kuchingcityfc
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 20 Sept – TMJ dalam satu temu bual bersama wartawan Cakap Sukan ada memberi respon terhadap pasukan Kuching City yang kini diberi kebenaran untuk menggunakan Stadium Pasir Gudang untuk meneruskan baki perlawanan saingan Liga Premier 2021.

Menurut Tunku Ismail Sultan Ibrahim, beliau memberi kebenaran kepada Kuching City FC menggunakan stadium tersebut sebegai gelanggang tuan rumah kerana faktor pengawalan penularan Covid-19 sejak bulan lalu.

“Ya pasukan Kuching City memerlukan stadium untuk saingan Liga Premier. Jadi saya telah mengarahkan skuad JDT II untuk berpindah dan bermain di Larkin. Stadium itu (Pasir Gudang) pun sebelum ini kita pakai untuk pembangunan pemain muda.”

Advertisements

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris turut gembira dan bersyukur kerana dapat meringankan beban, membantu pasukan Kuching City untuk meneruskan aksi Liga Premier musim ini.

“Saya memberi mereka inisiatif untuk menggunakam Stadium Pasir Gudang tersebut dan saya happy kerana dapat bantu mereka. Saya juga gembira kerana pasukan Kuching City suka dengan kualiti padang yang dimiliki pasukan kami.”

Sebelum ini, jurulatih pasukan Kuching City FC, Irfan Bakti Abdul Salim telah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada TMJ atas bantuan yang diberikan kepada pasukan kendalian beliau. Irfan turut menzahirkan rasa hormat kepada pemilik Stadium Pasir Gudang kerana menyediakan kemudahan terbaik buat Kuching City FC.

Advertisements

Dalam pada itu, TMJ juga mengulas berkaitan cabaran saingan Liga Premier musim ini. Menurut TMJ, situasi kewangan dan covid yang sedang membelenggu negara ketika ini telah memberikan impak besar buat arena sukan bola sepak negara.

“Bagi saya susah dan amat mencabar oleh kerana dengan situasi kewangan dan covid yang melanda negara ketika ini. Situasi kewangan itu juga melanda setiap kelab termasuk kami (Johor Darul Ta’zim) sendiri. Tetapi saya juga yakin, InsyaAllah dengan keadaan sekarang, kita boleh kembalikan semula bola sepak tanah air pada tahun depan dan seterusnya untuk tahun mendatang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram