Kuching City ‘Sambar’ Penjaga Gol Muda Malaysia
MakanBola
MALAYSIA NT

Bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim II, Haziq Aiman sah dipinjamkan ke Sarawak dengan menyertai kelab Kuching City FC pada Jumaat.

Perpindahan pemain asal Johor itu diumumkan pengurusan The Cats menerusi satu hantaran video di semua platform rasmi kelab berkenaan.

“Barisan terakhir telah tiba. Apabila semua yang lain dilanggar, seorang lelaki kekal.”

“Satu gol di belakangnya. Satu bandar di hadapannya. Selamat datang ke Kota Perpaduan. Benteng kita & tugas-nya,” kata Kuching City dalam satu kenyataan di laman media sosial milik mereka.

Sebelum ini, bekas penjaga gol JDT II & Melaka itu dilihat berada bersama skuad Kuching City semasa aksi bertemu KL City pada Rabu lalu.

Haziq Aiman menjadi rekrut terbaru The Cats selepas Gabriel Peres, Dylan Wenzel-Halls, Safawi Rasid, Nazmi Faiz Mansor, Irfan Zakaria, Kaishu Yamazaki, Ajdin Mujagic, Declan Lambert dan Ryan Lambert.

Kehadiran bekas penjaga gol Melaka itu dijangka menambah pilihan di benteng terakhir yang dimiliki jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak.