Kudrat Richard Chin Tak Mampu Halang Newport, Tewas di Piala EFL
Eropah
Charlton Athletic FC
Advertisements

Pemain warisan Malaysia, Richard Chin membuat penampilan pertama musim 2023-2024 bersama Charlton Athletic dalam pusingan pertama Piala EFL menentang Newport County awal pagi ini.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beliau dan pasukannya apabila The Addicks tewas mengejut 3-1 kepada kelab League Two itu sekaligus menyaksikan mereka tersingkir dari Piala EFL.

Richard yang diturunkan sebagai bek sayap kanan dalam perlawanan tersebut hanya dapat bertahan selama 14 minit sebelum dikeluarkan akibat kecederaan. Hal ini turut dikongsikan oleh Harimau Abroad.

Advertisements

Charlton yang beraksi sebagai pasukan pelawat membuka tirai jaringan menerusi Daniel Kanu pada minit ke-43. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

The Addicks tampak selesa pada babak kedua tetapi gol penyamaan Aaron Wildig pada minit ke-63 mengubah momentum kepada tuan rumah.

Newport memastikan kemaraan mereka ke pusingan kedua menerusi dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Will Evans dan Seb Palmer-Houlden.

Advertisements

Kemenangan ini juga merupakan kemenangan pertama The Exiles musim ini selepas tewas kepada Accrington Stanley pada aksi pembukaan League Two pada Sabtu lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram