Kurniawan Sahkan Saddil Ramdani Terima Undangan Kelab Eropah
Dunia
Sabah Football Club
Advertisements

Pemain Sabah FC, Saddil Ramdani telah disahkan menerima undangan untuk melalui satu sesi percubaan bersama sebuah kelab eropah.

Kelab itu merupakan pasukan yang beraksi di divisyen kedua Austria. Perkara ini disahkan oleh bekas jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto yang mempunyai hubungan akrab dengan Saddil.

“Ya. Ada undangan dari kelab Liga 2 Austria buat Saddil. Undangan itu dibuat melalui kiriman emel kepada saya dan juga Saddil sendiri,” jelas Kurniawan.

Advertisements

Kurniawan mengatakan bahawa sejak musim lalu lagi beliau sudah berusaha untuk membawa Saddil kepada satu agensi di eropah. Namun begitu Sabah tidak melepaskan Saddil kerana masih terikat dengan kontrak.

“Mengapa saya ingin melihat Saddil ke eropah adalah kerana kualiti yang dimilikinya. Tapi yang membuat keputusan itu adalah Saddil sendiri. Jadi dia perlu memikirkan perkara itu sebaik mungkin,” katanya lagi.

Selain kelab Austria, Kurniawan juga memberitahu bahawa ada kelab Indonesia yang berminat untuk membawa Saddil pulang dan dalam masa yang sama Sabah berhasarat menyambung kontrak Saddil untuk dua tahun lagi.

Advertisements

“Kini semuanya terpulang kepada Saddil. Dia mahu ke Austria, Indonesia atau pilih untuk kekal beraksi di Malaysia,” kata Kurniawan seperti dilaporkan Bolasport.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram