Kylian Mbappe Anggap Messi Tidak Dihormati Di Perancis
Eropah
Ligue 1 Uber Eats
Advertisements

Bintang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe baru-baru ini telah bercerita tentang bekas rakan sepasukannya, Lionel Messi yang dikatakan tidak mendapat penghormatan secukupnya ketika di Perancis.

Mbappe berkata bahawa Messi perlu mendapat penghormatan yang lebih di Perancis berdasarkan apa yang telah dicapai kapten Argentina itu.

“Messi seharusnya mendapat penghormatan dan sebenarnya di Perancis, beliau tidak menerima penghormatan yang sepatutnya diterima,” jelas Mbappe seperti dilaporkan oleh laman Goal.

Advertisements

Mbappe dan Messi telah bersama-sama membawa PSG meraih dua kejuaraan liga dan satu Coupe de France sepanjang dua tahun mereka berkongsi padang di Parc des Princes.

Walau bagaimanapun, penyingkiran PSG daripada pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) disifatkan sebagai kegagalan besar yang menyebabkan penyokong mencemuh Messi dalam beberapa bulan terakhir beliau di Paris.

Messi cuba membantu PSG untuk menjulang UCL sebanyak dua musim namun segalanya tidak seperti yang diharapkan apabila terkandas di separuh akhir pada edisi 2021 dan terkandas di pusingan 16 terakhir pada edisi 2022.

Advertisements

Messi kini bersama Inter Miami dalam Liga Amerika Syarikat dan kontraknya dijangka berakhir pada Disember 2025. Tidak banyak yang mampu dilakukan oleh Messi bersama pasukannya musim ini apabila dirinya dihimpit masalah kecederaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram