Advertising
Kylian Mbappe Dedah Punca Tinggalkan PSG
MakanBola
PSG

Pemain sensasi Perancis, Kylian Mbappe telah mendedahkan punca beliau meninggalkan PSG pada akhir musim ini.

Jodoh Mbappe bersama PSG akhirnya tiba ke penghujung apabila kontrak beliau bakal tamat akhir musim ini dan Mbappe memilih untuk tidak menyambung kontrak bersama PSG.

Ad

Kylian Mbappe telah memuat naik satu video ucapan perpisahan penuh emosi di laman media sosial beliau sekaligus mengesahkan beliau akan berhijrah ke pasukan lain pada musim hadapan.

Ad

Dalam video tersebut, Mbappe berterima kasih kepada penyokong, rakan sepasukan dan juga para pekerja kelab PSG yang banyak membantu beliau selain turut mendedahkan keputusan untuk meninggalkan PSG.

“Saya sentiasa bercakap bahawa saya akan memberitahu kamu semua bila tiba masanya dan saya ingin umumkan ini tahun terakhir saya bersama PSG.”

Ad

“Saya tak akan sambung kontrak dan tinggal beberapa minggu lagi sebelum ia tamat. Saya akan bermain dalam aksi terakhir di Parc de Princes pada Ahad ini.”

Ad

“Saya telah berada di kelab terbaik Perancis, salah satu kelab terbaik di dunia untuk banyak tahun dan ini sungguh menyentuh emosi. Saya sentiasa akan mengingati PSG sepanjang hidup saya.”

Ad

“Terima kasih kepada rakan sepasukan, semua jurulatih iaitu Unai Emery, Thomas Tuchel, Mauricio Pochettino, Christophe Galtier dan Luis Enrique termasuk pengarah sukan yang banyak menemani saya.”

“Saya tak pernah sangka pengumuman ini akan menjadi sangat sukar buat saya. Sukar untuk tinggalkan Perancis dan Ligue 1 tetapi saya perlukan ini. Saya mahukan cabaran baru setelah 7 tahun lamanya. Terima kasih kepada semua penyokong.” ujar Mbappe.

Mbappe menyertai PSG pada tahun 2017 dan kini telah memenangi 6 gelaran juara liga Perancis. Pemenang Piala Dunia 2018 ini telah merekodkan 255 gol dalam 305 penampilan beliau untuk PSG.

Walaupun belum sahih namun khabar angin perpindahan Kylian Mbappe ke Real Madrid semakin hampir setelah bertahun-tahun Real Madrid cuba mendapatkan khidmat pemain Perancis itu.