Kylian Mbappe Persoal Tindakan PSG Gunakan Wajahnya
Ligue 1
Paris Saint-Germain
Advertisements

Kecoh di laman media sosial semalam apabila Kylian Mbappe membidas tindakan kelabnya sendiri, Paris Saint-Germain. Ini selepas PSG menggunakan dirinya sebagai bahan promosi untuk menjual tiket bermusim kelab untuk musim hadapan.

Akhbar Daily Mail melaporkan Mbappe bukan saja berang dengan tindakan Les Parisiens menggunakan imej beliau sepenuhnya untuk promosi berkenaan. Malah, beliau merasa hairan mengapa rakan-rakan sepasukan termasuk kapten Marquinhos, Neymar dan Lionel Messi tidak ditonjolkan dalam video sama.

Dalam video promosi PSG itu, ia bukan saja mengetengahkan temubualnya dengan kelab tetapi juga klip video aksi Mbappe dan para penyokong. Bagi graduan AS Monaco itu, apa yang dilakukan kelab sama sekali bertentangan dengan semangat berpasukan yang sepatutnya menjadi teras sesebuah pasukan.

Advertisements

“Saya hanya mengambil bahagian ketika hadir dalam kempen langganan semula kelab untuk musim 23-24,”

“Saya tidak diberitahu tentang isi kandungan temubual dengan orang yang menemubual saya. Ia kelihatan seperti temubual biasa pada hari pemasaran kelab. Saya tidak bersetuju dengan video yang dimuatnaik.

‘Itu sebab saya perjuangkan hak imej individu. PSG merupakan sebuah kelab besar dan keluarga yang besar tetapi ia semestinya bukan Kylian Saint Germain,” tulisnya di akaun Instagramnya.

Advertisements

Ramai percaya Neymar dan Messi tidak dimasukkan dalam video berkenaan kerana situasi tidak menentu kedua-duanya di kelab berkenaan. Messi masih belum memperbaharui kontraknya bersama PSG dengan kontraknya bakal tamat pada akhir musim.

Sementara Neymar pula diketahui sering bertelagah dengan Mbappe selain kerap mengalami masalah kecederaan. Dengan PSG juga dikatakan sudah hilang sabar dengan penyerang Brazil itu, kedua-duanya dijangka tiada di kelab menjelang musim hadapan.

Tetapi dengan kesilapan yang dilakukan kelab itu, ia menambah lagi spekulasi kedudukan Mbappe bersama Les Parisiens. Walaupun mempunyai kontrak sehingga 2025, penyerang PSG itu terus dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram