Lagenda Bola Sepak Kedah Dilantik Menjadi Exco
Komuniti
Unit Penerangan Darul Aman
Advertisements

Lagenda bola sepak Kedah, YB Muhammad Radhi Mat Din melakar sejarah apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada Isnin.

Menerusi perkongsian Unit Penerangan Darul Aman (UPDA), Radhi akan memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, dan Belia & Sukan.

Pelantikan Radhi itu turut diberikan ucapan tahniah daripada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melalui media sosial rasmi mereka. Untuk rekod, Radhi kini masih memegang jawatan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi penggal 2022-2026 serta Ahli Lembaga Pengarah KDA FC.

Advertisements

“Yang Berhormat Haji Muhammad Radhi Mat Din yang cukup terkenal dengan jolokan Kapten Marvel adalah pemain legenda yang beraksi bersama pasukan Kedah sejak 1986 hingga 2000 dan antaranya selain kejuaraan yang dikecapi zaman 90an, Haji Muhd Radhi merupakan pemain Kedah yang telah beraksi 7 kali perlawanan akhir Piala Malaysia. Beliau juga adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah KDA FC.

“Semoga daya kepimpinan sebagai kapten pasukan Kedah suatu masa dulu, digelar Kapten Marvel, diberikan kekuatan untuk berkhidmat dengan cemerlang sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah,” coret KDA FC di laman instagram rasmi mereka.

Advertisements

Radhi sebelum ini mengejutkan ramai pemerhati politik tanah air apabila berjaya menumbangkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Dato’ Wira Mahfuz Omar dengan majoriti 10,104 undi.

Selain Radhi, seorang lagi lagenda bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar juga memenangi PRN yang lalu dengan menang besar di Dun Gurun memperoleh 17,771 undi dan majoriti sebanyak 6,684 undi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram