Lagenda Real Madrid, Marcelo Patahkan Kaki Lawan
Dunia
Bein Sports
Advertisements

Bekas pemain Real Madrid yang kini beraksi bersama Fluminese, Marcelo telah diperintahkan keluar padang selepas dilayangkan kad merah susulan daripada terjahan keras ke atas pemain lawan.

Terjahan keras itu dilakukan Marcelo pada minit ke-55 ke atas pemain Argentions Juniors, Luciano Sanchez dalam perlawanan Copa Libertadores di Buenos Aires awal pagi tadi. Melihat kepada video terjahan tersebut, besar kemungkinan Sanchez mengalami patah tulang pada kaki beliau.

Insiden tersebut berlaku apabila Marcelo menggelecek melepasi Sanchez namun kaki kirinya terpijak kaki kiri Sanchez yang menyebabkan keadaan kaki Sanchez melengkung dan agak mengerikan. Sanchez terbaring menahan kesakitan sebelum dikejarkan ke pusat rawatan berdekatan.

Advertisements

Marcelo yang dilihat tidak sengaja melakukan kekasaran itu, menangis selepas insiden tersebut dan akur dengan kad merah yang dilayangkan kepada beliau.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kedudukan terikat 1-1. Kedua-dua pasukan bakal bertemu sekali lagi dalam aksi timbal balik Copa Libertadores pada 9 Ogos ini di laman Fluminense.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram