Advertisement
Lagenda Selangor Anggap JDT Terlalu Handal
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Prestasi yang ditampilkan oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) sukar ditandingi oleh pasukan di Malaysia setakat ini.

Aksi ke-20 Liga Super 2023 menyaksikan Harimau Selatan menerima kunjungan Perak tidak berdepan sebarang masalah untuk mencatatkan kemenangan besar 5-0.

Mengulas lanjut, prestasi yang ditampilkan oleh pasukan bimbingan Tano Solari dianggap sukar disekat oleh mana-mana pihak setakat ini.

“JDT ada pemain berkualiti dan barisan penyerang yang terbaik. Jadi ia tidak terasa janggal dengan kemampuan pemain seperti Heberty yang mampu melakukan percubaan dari luar kotak penalti.”

Perkara ini disokong oleh bekas pemain kebangsaan, Nizaruddin Yusuf yang merasakan kualiti pemain JDT terlalu jauh berbanding pasukan lain.

“Saya melihat kualiti pemain yang ada di JDT cukup baik dan efektif untuk memanfaatkan peluang yang ada.”

“Pergerakan pemain JDT dan segala-galanya tepat. JDT sangat konsisten,” jelasnya kepada Astro Arena.

Konsistensi ini menyaksikan JDT kekal unggul di tangga teratas liga selepas 20 perlawanan tanpa kalah dengan mengumpul 60 mata, 17 mata dipisahkan dengan pasukan tangga kedua iaitu Selangor.