Advertisements
Laman Eropah Dedah Tempoh Kontrak Arif Aiman Di JDT
Transfer
MakanBola
Johor Southern Tigers

Salah sebuah laman media sosial di Eropah mendakwa berkenaan tempoh kontrak pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Pemain berusia 22 tahun itu mencipta sensasi selepas menjaringkan 4 gol dalam 4 penampilan saingan AFC Champions League Elite (ACLE).

Beliau menjadi sandaran utama skuad Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio yang kini melakar dua kemenangan sekaligus melonjak ke tangga ketiga kumpulan ACLE.

Prestasi hebatnya menjadi bualan laman Scotland, The Rangers Journal yang kagum dengan aksi memukaunya dalam saingan Asia.

“Pemain yang konsisten bukan sahaja di Malaysia tetapi juga Liga Juara-Juara AFC Elite dengan 4 gol dan satu bantuan dalam 4 perlawanan.

“Ancaman besar dalam ruang penalti lawan sama ada menjaringkan gol atau mencipta peluang buat pemain lain.

Beliau dilabel sebagai seorang pemain yang lincah dan mampu untuk menewaskan pemain lawan.

“Pemain sayap teknikal yang lincah, beraksi secara terus (direct) dan gemar menentang pemain pertahanan dengan kadar kejayaan menggelecek 74 peratus, antara yang tinggi musim ini,” tambah kenyataan laman itu di X.

Mereka juga mendakwan bahawa kontrak Arif Aiman di JDT akan tamat pada 31 Mei 2025 dan mana-mana kelab boleh menawarkan pra-kontrak kepada pemain ini.

Arif juga merupakan kedua JDT yang merekodkan jumlah bantuan gol tertinggi musim ini dengan 12 kali, berbeza satu sahaja dengan pencipta bantuan gol terbanyak pasukan iaitu Juan Muniz (13).