Lamine Yamal Pecahkan 2 Rekod Sepanyol

lamine yamal spain Lamine Yamal Pecahkan 2 Rekod Sepanyol
Getty Images
Hakim Johari @HakimJohari4
10:57am 09/09/2023

Pemain sayap muda Barcelona, Lamine Yamal telah memecahkan 2 rekod kebangsaan Sepanyol dalam perlawanan menentang Georgia.

Lamine Yamal bukan sahaja muncul pemain termuda mewakili skuad kebangsaan Sepanyol malah turut muncul sebagai penjaring termuda untuk pasukan Sepanyol pada umur 16 tahun 57 hari menurut Sport Bible.

Ini sekaligus memadamkan rekod Gavi yang telah menyarung jersi La Roja sewaktu berumur 17 tahun 62 hari.

Lamine Yamal berjaya menjaringkan gol ketujuh Sepanyol pada minit ke-74 perlawanan hasil rembatan kencang setelah menerima hantaran Nico Williams.

Lamine Yamal yang lahir di Catalonia kemudian memilih untuk mewakili pasukan senior Sepanyol pada peringkat antarabangsa.

Sepanyol meraih kemenangan besar 7-1 ke atas Georgia hasil hatrik Alvaro Morata, gol sendiri oleh Kvirkvelia, Dani Olmo, Nico Williams dan Lamine Yamal.

Lamine Yamal kini menjadi perhatian dunia apabila pengurus Barcelona, Xavi mula memberi kepercayaan kepada beliau untuk membarisi kesebelasan utama Barcelona menentang Cadiz sewaktu berusia 16 tahun 38 hari.