Laos ‘Tempang’ Hadapi Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Detik penting bakal diharungi oleh Harimau Malaya tidak lama lagi menentang Laos.

Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe membuka tirai saingan kejohanan ASEAN Hyundai Cup 2026 dengan penuh bergaya selepas bangkit untuk menewaskan Myanmar dengan keputusan 2-1.

Dua gol daripada kapten pasukan, Paulo Josue cukup untuk memastikan Malaysia pulang ke tanah air dengan tiga mata – sekali gus memberikan tonik tambahan beraksi di laman sendiri.

Ujian mendebarkan buat Malaysia bakal hadir di Cheras pada 28 Julai 2026 apabila bakal melayan kunjungan Laos pada jam 9.00 malam.

Laos turun dengan momentum kurang baik susulan kekalahan besar di tangan jaguh Asia Tenggara, Thailand dengan keputusan 5-0 di laman sendiri.

Keputusan ini secara tidak langsung menjejaskan momentum Laos yang bakal turun ke Cheras bagi menghadapi aksi kedua kumpulan.

Sebagai rekod, Malaysia memiliki reputasi cemerlang menentang pasukan ke-185 dunia itu selepas menang tiga pertemuan terakhir – masing-masing dengan keputusan 5-1, 3-0 dan juga 3-1.

Harimau Malaya kini menduduki tangga kedua Kumpulan B selepas berkongsi mata dengan Thailand menjelang perlawanan kedua kumpulan, Selasa ini.